Monday, November 7, 2011

Terima kasih kerana meluangkan masa melawat blog rasmi Unit Bimbingan dan Kaunseling SK KERUBONG, MELAKA Blog ini bertujuan sebagai perkongsian pintar dengan semua pelawat. Sebarang pendapat atau komen sangat dialu-alukan.

SEKAPUR SIREH, SEULAS PINANG..

"Assalamualaikumwarahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.. Alhamdulilah, terlebih dahulu saya memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana blog Unit Bimbingan dan Kaunseling SK Kerubong, Melaka ini dapat dihasilkan.

Sesungguhnya blog ini adalah sebagai satu perkongsian pintar yang dapat membina nilai-nilai positif, sebagai inovasi pihak UBK dengan menyediakan web yang dilayari oleh umum seterusnya dapat meningkatkan perkhidmatan UBK SK Kerubong. Tahniah diucapkan kepada pihak UBK dan warga SK Kerubong kerana usaha ini.

Kepada semua pelawat blog ini, marilah kita bersama-sama berkongsi idea-idea bernas, semoga UBK seMalaysia akan terus berkembang dan mencapai Visi dan Misi B&K.

Sekian dan terima kasih.

Salam Maju Jaya...
 

VISI

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2012

MISI 

Untuk merealisasikan visi, 
kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya :

  • Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.

  • Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.

  • Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.

  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.

  • Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.

  • Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar.

FALSAFAH PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.


No comments:

Post a Comment