PRS

PENGENALAN PRS
  
Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilath dalam bidang kemahiran asas kaunseling dan komunikasi.Ia berfungsi sebagai seorang pembimbing yang berkesan kepada rakan sebaya,terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan.Program ini telah diperkenalkan di sekolah-sekolah menengah selurah Malaysia pada tahun 1988.     

PRINSIP PERKHIDMATAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
      
Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama,bangsa,jantina,kedudukan,perlakuan dan fizikal.

Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah dijalankan berdasarkan etika PRS.
  

FALSAFAH

 "BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN"


VISI

Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti.   

MISI

Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani,emosi,rohani,intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.

MATLAMAT 

>Membina budaya kasih mesra dan saling membantu di kalangan pelajar.
>Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada
kepercayaan kepada  Tuhan.
>Memupuk potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka,bertimbang
rasa, rela,taat,menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk. 
>Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain,PRS dapat memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku di kalangan pelajar. 

PERANAN PRS

>Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
>Membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
>Sebagai Role Model kepada pelajar lain.
>Menerima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
>Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batasan diri untuk membantu.