Maklumat Sekolah

SEJARAH SEKOLAH

PERKEMBANGAN SEKOLAH

Pada tahun 1971 bangunan kekal satu tingkat yang mengandungi 4 bilik darjah, sebuah pejabat pentadbiran, sebuah bilik guru besar, sebuah bilik Guru Penolong Kanan, dua tandas guru dan dua tandas murid telah dibina. Pada tahun 1994, sebuah bangunan setingkat dibina dengan dua bilik darjah, dua buah bilik kecil dan sebuah bilik Kemahiran Hidup. Bangunan kilat telah dibina pada tahun 1998 dengan 3 buah bilik darjah. Manakala bangunan asal sekolah ini telah dirobohkan pada tahun 1998 dan digantikan dengan sebuah bangunan setingkat yang mengandungi enam buah bilik darjah, tandas guru lelaki dan perempuan, tandas murid lelaki dan perempuan serta dua buah stor.

KANTIN SEKOLAH

Di sekolah ini terdapat sebuah kantin yang mengandungi satu bilik dapur dan ruang makan untuk murid guru serta ruang makan untuk murid yang kadang kala turut dijadikan dewan.

PADANG SEKOLAH

Terdapat sebuah padang berpagar yang dijadikan tempat murid menjalani Pendidikan Jasmani dan padang berturap (dataran perhimpunan) yang diguna pakai untuk latihan bola jaring dan bola tampar.

LOKASI SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Kerubong terletak 16 kilometer dari Bandar Melaka.  Luas kawasannya ialah 1.804 ekar. Ianya terletak di tengah-tengah kawasan perkampungan Melayu.

SEJARAH AWALNYA

Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Melayu Kerubong. Bangunan yang mula-mula dibina ialah bangunan kayu yang didirikan secara gotong royong oleh penduduk kampung. Dindingnya setengah papan dan setengah kawat jaring manakala tiangnya daripada kayu bulat. Pada tahun 1937, sebuah bangunan separuh kekal telah dibina di mana dindingnya daripada kayu, tiangnya batu dan beratap genting. Ia mempunyai enam bilik darjah. Bangunan ini telah dirobohkan pada tahun 1998 kerana telah terlalu usang. Pada awal penubuhan sekolah ini hanya terdapat enam orang guru dan 76 orang murid. Murid-muridnya terdiri daripada kaum Melayu dan India yang datang dari 5 buah kampung berhampiran. Guru Besar pertama yang berkhidmat di sekolah ini ialah Encik Husin bin Muslim ( 1938-1952 ) manakala Pengerusi PIBGnya ialah Encik Abu bin Chik.




   LOGO SEKOLAH
 
            Warna-warna yang terdapat dalam logo sekolah bermaksud sama warna
            dengan Bendera malaysia.


            * Warna Biru           -  perpaduan
            * Warna Kuning      -  warna diraja
            * Warna Merah       -  keberanian
            * Warna Putih         -  kesucian

            Buku yang terbuka bersama obor yang menyala bermaksud murid yang sentiasa
            berusaha dan menanamkan semangat terus belajar demi mencapai kejayaan di masa
            hadapan.


            Motto sekolah ialah "ILMU PENERANG HIDUP" yang membawa maksud ilmu itu
            sangat penting dalam hidup ini. Dengan ilmu, perjalanan hidup seseorang itu lebih 
            bermakna dan serba sempurna serta mempunyai masa depan yang cerah.

            VISI SEKOLAH


            SK Kerubong cemerlang dalam semua bidang.

            MISI SEKOLAH


            Melahirkan modal insan yang cemerlang melalui pendidikan yang menyeluruh
            berdasarkan prinsip-prinsip Rukunegara.